Friday, October 16, 2015

BeRjAyAkAh AkU?

Tadi bosan2 takde keje sangat nak buat, so scroll la fb, cam bese baca status my friends and like kalo aku setuju. Aku bukan la kaki upload every little thing kat fb, cuma suka share happy2 moments je and funny cute videos.

Sambil scroll terbaca pulak status ex school mate, katanya baru nak ambil kereta baru idamannya HC. Waa..untungnya beli kereta yang aku rasa ramai yang mengidamnya. Aku sebenarnya takde la rapat sangat dengan E ni sebab hanya sekejap je 1 kelas dengan dia masa form 4, pastu aku masuk MRSM sampailah bila dia add aku dalam fb ni pun, aku dah blur2 dah sape. Tapi disebabkan dia ni always update dia punya fb, so aku macam dah terbiasa dengan story life dia. Dia ni bagi aku seorang perempuan yang kuat. Actually dia pernah bercerai 5 tahun lalu disebabkan orang ketiga, dan dia bukanlah seorang graduan universiti, jadi dia pernah bekerja di restoran, jual nasi lemak, dan perlahan2 belajar makeup sehinggalah sekarang ni dia dah jadi make up artist dan selalu gi travel oversea. Dari kejatuhan dia dah bangkit semula untuk tunjukkan yang dia boleh berjaya dan aku rasa kagum dengan dia. Selalunya tengok kisah2 macam ni dalam tv je, tapi ini memang realiti yang jadi pada dia. Walaupun dia tak belajar tinggi, tapi disebabkan kegagalan yg pernah dia hadapi, dia usaha untuk stand up again.

Sebenarnya bukan dia je ex schoolmate aku yang boleh katakan dah berjaya, ramai lagi sebenarnya. Ada seorang ni, ingat lagi mase sekolah suka ejek2 aku, tapi sekarang ni dah ada bisnes yang mendapat liputan luas, dah banyak kali masuk tv, masuk majalah, suratkhabar. Memang bangga la tengok dia, tumpang gembira dengan apa yang dia achieve. Selain tu, ada yang dah jadi cikgu, pegawai2 kerajaan, doktor dan macam2 lagi la. Mostly berjaya dalam bidang masing2.

Tapi aku?huhu. Kenapa aku cerita semua ni? Ye, memang aku ada rasa jealous tapi bukan lah secara negatif. Jealous sebab diorang semua usaha banyak dari aku dan dah dapat hasilnya. Macam aku, Alhamdulillah sejak sekolah rendah semuanya  senang, dapat masuk sekolah yang aku nak, dapat masuk matrik, masuk universiti. Tapi dari segi pekerjaan macam2 dugaannya. Last2 di sini, kerja yang bukan lah bidang aku tapi aku selesa la kat sini. Nak kata aku ni berjaya macam mereka tidaklah, tapi aku akan cuba realisasikan impian aku jika panjang umur dan diizinkan Allah sebab semua ni pun datang dari Allah. Perlu usaha, doa dan tawakal..In shaa Allah..

My DaDdy CoOL

Huhu..tengok gambar ni rasa macam sayu and terharu je tengok pengorbanan para bapa ni hantar anak2 ke sekolah. Teringat masa sekolah rendah dulu, ayah takde kereta, guna motor je hantar aku dengan kak intan. Motor honda lampu bulat tu.

Bila arwah mak dapat rezeki lebih, dapat la belikan ayah motor baru, motor kriss warna biru, sampai sekarang ayah guna motor tu. Dengan motor tu jugak ayah pernah hantar aku balik asrama di Melaka bila dah takde sape2 yang boleh hantar. Pernah jugak ayah sewa teksi semata2 nak hantar aku balik asrama dengan selamat. Bila masuk matrik kalau duit dah susut, ayah datang jugak bagi duit belanja. Belum lagi hantar aku ke bintulu naik belon. Semuanya ayah yang hantar. Huhu..besar pengorbanan ayah untuk anak-anaknya.

Bila dah besar ni, banyak cita-cita aku untuk ayah tapi sampai sekarang masih tak tercapai. In shaa Allah, akan ku usahakan untuk buat ayah rasa happy.

Ya Allah, kurniakan lah kesihatan yang baik kepada ayah ku dan panjang kan lah umurnya..

I love my ayah..

Thursday, October 15, 2015

SuRiRuMaH vs WaNiTa BeKeRjA

Ooopss..kemain tajuk..bikin panas je ehh..hehe..Tadi ada terbaca post di fb, ada seorang hakak ni macam marah sebab katanya ada surirumah kata wanita bekerja tidak mulia..lebih kurang la kot..

Bagi aku, tak perlu la nak gaduh2 pasal isu ni. Aku sendiri pun tak nak back up mana2 sebab arwah mak aku dulu pun surirumah, kawan2 aku pun ramai yang surirumah, so aku tau diorang nya penat macam mana. Sama gak dengan wanita yang bekerja, adik beradik aku perempuan semua bekerja termasuklah kakak ipar aku sekali, dengan aku sekali la kan, so of course la kita faham penat wanita bekerja ni macam mana.

Janganlah nak banding2 kan atau laga2 kan dua kategori wanita ni. Sebenarnya kalau nak fikirkan balik dua-dua ni sama je. Surirumah adalah wanita bekerja dan wanita bekerja pun adalah surirumah. Surirumah tetap bekerja di rumah, maksudnya uruskan anak, masak, kemas rumah, basuh baju dan ada gak yang bisnes dari rumah. Itu kira wanita bekerja juga tu. Yang untuk wanita bekerja pulak, bila balik rumah automatik jadi surirumah, buat kerja rumah tu semua.

Jadi, buat ape kita nak compare kan kedua-dua ni. Yang penting kita dapat jaga suami dan anak2 dengan baik. Masing2 de rezki dan kelebihan yang Allah bagi, jadi bersyukurlah sama ada kita surirumah atau wanita yang bekerja tapi janganlah condemn antara satu sama lain. Barula hidup kita bahagia tak gitu..hehe..

CiNtA HaTi

Alhamdulillah, masih bernafas hingga ke hari ini..
Lama dah tak update blog ni ye..kesian..hehe
Paling latest post is 3 years ago..hehe
Dalam masa 3 tahun ni banyak perubahan dalam hidup aku..

Alhamdulillah hari ini sudah pun bergelar seorang isteri, so this is the 1st post dengan title puan..hahaha
Already married to my husband for almost 1 year 9 months..
Nope, belum ada baby lagi, sedang berusaha dan ikhtiar untuk mendapatkan anak..yela masing2 pun dah masuk 30 an..kene la usaha lebih sikit..hehe..namun, itu semua kuasa Allah untuk memberi rezeki kepada hambaNya

Bertemu suami pada 29 April 2012, menjadi tunangannya pada 15 September 2012 dan pada 31 Januari 2014 dengan sekali lafaz sah menjadi isterinya.

Sungguh pasti kalau itu jodoh kita memang senang saja jalannya dan sentiasa dipermudahkan.

Bab kerja pulak memang agak susah nak dapat kerja yang betul2 ok, kalo dah ok, company pulak tak bayar gaji..last2 di sini lah aku, rupa-rupanya rezeki di tempat kami bertemu dulu..hehe..dan bos pun ok, gaji pun ok..Alhamdulillah..syukur dengan rezeki yang Allah bagi..

Hopefully, dapat stabilkan life and kerja dengan baik dan dikurniakan rezeki anak..

Sunday, May 27, 2012

NeW JoB

Alhamdulillah..
after beberapa bulan mencari keje lain,akhirnye dapat juga..
dah seminggu dah aku start keje baru ni..
kat alor gajah, melaka..
juz 20 minutes from Tampin..
so,sementara stay umah akak dulu la..
dekat je pun..

actually aku dapat iv last month..
and dia memang nak cari pekerja..
xlame tu dia call & bagi appointment letter..
aku pun bagi resignation letter kat company dulu tu..
thank u Allah coz bagi peluang ni untuk aku..
syukur syukur..
 
mase last day aku kat sane my frens there wat surprise..
my farewell..
siap beli kek lagi..
so sweeetttt..
thanks korang semua..
aku memang rindu kat korang..
rindu nak bergosip..
hahaha..

bawah ni few pics yang sempat ditangkap..

Thursday, April 12, 2012

MaK


9 April 2012.. 
13 tahun yang lepas pada tarikh yang sama, jam 9.45 pagi, hari jumaat..
Perginya seorang insan yang paling aku sayang di dunia ni..
My only mak..
Sakitnya tak lame, tak sampai sebulan..
Mungkin itu sekadar jadi penyebab supaya kami redha atas pemergiannye..
Perasaan aku ketika tu hanya Allah je yang tahu..
Sangat susah tuk diceritakan di sini..
And how we survived to live without her..

Mak,
Dah lame tak menyebut perkataan tu..
Rindu tuk memanggilnye..
Sebak kerana tak disahut..

Walaupun aku dapat merase kasih sayangnye..
Hanya sampai umur aku 14 tahun..
Aku tetap bersyukur, at least aku tahu & kenal sape mak aku..
And of coz anak bongsu mesti la manja ngan mak..
Dan itulah yang memberi impak besar pada aku after dia pergi..
Dah takde tempat bermanja, nak mengadu masalah..
Dah tak dapat nak merase lauk air tangan dia..
Dah takde orang yang teman aku wat homework sampai ke tengah malam..
Dah takde kiss di pipi before gi sekolah..
Ya Allah..besar nye dugaan itu..

Tapi ape yang berlaku ade hikmahnye..
Kami adik beradik lebih rapat dari dulu..
Ayah, abang2 & kakak2 aku penguat semangat aku..
Dan pengorbanan diorang yang buat aku lebih matang & tabah..

Ok la..
tak leh nak tulis bebanyak..
Sambil menaip sambil menangis..
Dah naik bengkak mate aku ni..
Jom we recite surah yassin for her..

I love you mak..
I really miss u..


Thursday, April 5, 2012

TiAdA JoDoH ?


Dan Allah SWT menjadikan ini semua sebagai asbab untuk kita dipertemukan dengan jodoh kita. Sesuatu yang perlu difikirkan. Istilah ‘tiada jodoh’ jika kita sama-sama teliti sebenarnya terkandung dua 3 perkara penting yang perlu difahami:
1. Hikmah pengajaran
Kerana manusia tidak sepanjang masa melakukan keputusan dengan tepat dan betul. Maka kesilapan yang dilakukan sudah pasti akan menunjukkan hikmah terhadap apa yang telah dilakukan agar dapat menjadi panduan pada masa yang lain.
2. Asbab bertemu jodoh
Perpisahan dalam perhubungan berkemungkinan Allah akan menggantikan dengan insan yang lebih baik, walaupun pasangan yang sudah bersama kita, dapat kita rasakan adalah yang terbaik. Namun perpisahan juga mampu menjadi asbab untuk bertemu insan yang lebih baik dalam mencinta diri anda.
3. Takdir
Inilah yang menjadi kenyataan penting yang perlu dihadapi dengan hati yang lapang. Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan yang perlu diterima. Mungkin anda pernah bercinta bagai nak rak, bertunang dan kemudian berkahwin untuk satu tempoh tertentu namun andai takdir Allah untuk berlaku perpisahan untuk pertemuan yang seterusnya maka hanya hati yang perlu menerima dengan redha.

actually saje nak kongsi this info kepada semua yang tengah putus cinta..
and info ni bg kekuatan untuk aku gak tuk terima semua dugaan ni..
memang betul..hati kita perlu redha menerima semuanya..
mari mulakan hidup baru di hari Jumaat yang indah..
=)

Monday, March 19, 2012

DrEaM

it's only a dream..
a dream to be with you..
and i keep waiting & waiting..
to become your priority..
but what happened right now..
doesn't seem like it will end that way..


it's only a dream..
a dream that one day..
i can say to the world..
that you are mine..
and i'm yours..


it's only a dream..
a dream..
that will never come true..





Sunday, March 18, 2012

Kocik kocik jago kobau..

hmm..2 days ago, ade sum1 dapat voucher kat karok at segamat..
baru bukak..
so, bebudak ni pun wajib lah mengajak aku gi skali..
free kot mesti la aku join, ajak my housemate gak..hahaha..
sangat best tempat ni..layan lagu 3 jam..terbaikkkkkkk..
video atas ni aku kaco Apex nyanyi..
mmng lagu fevret aku by Jamal Abdillah..hehe..
aku pun sempat gak menyumbangkan 3-4 buah lagu tapi x rakam pun..
yang kat bawah ni plak bebudak ni nyanyi lagu ni reramai..
last song before balik..lagu nogori kato eh..
"kocik-kocik jago kobau..
bilo bosa den meghantau..
kadang Pilah kadang Ghombau..
kadang kadang poi Chongkau..
kocik kocik den jago kobau.."
hahaha..















Thursday, March 15, 2012

Yuna - Penakut ( AJL 26 )




Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja



Chorus
Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan



Ulang Chorus


Kau bukan milikku
Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku

Tuesday, March 13, 2012

WaLiMaTuLuRus

ok..happy tuesday everyone..
today i woke up at 3.30 am..
to fetch my housemate at town..
she just got back from her hometown..
balik2 dah tak boleh nak tidur coz aku telan nescafe setin..
sempat beli kat 7E jap..
bagus la coz nak masuk keje pun kul 7..
semangat nak gi keje awal..
first day keje untuk minggu ni..
sampai ofis bese la tengok calendar..
kot2 ade pape important yang perlu dibuat today..
but takde pun..
terpandang plak hari weekend..
baru aku perasan untuk bulan Mac ni..
every saturday ade kenduri kawin..
yela..cuti sekolah kan..
berebut2 la orang nak kawin..
sabtu ni Naza, ex NFC kawin..dekat je palong 3..no hal..
cuma takut kalau ade stock take, memang tak dapat poie la jawab eh..
next, Cik Melah kite..first member 'geng seluar jeans' yang menamatkan zaman bujang..
hehe..yang paling kecik kawin dulu..dah jodoh kan..
with our course mate gak..Ejal..
memang wajib pegi even jauh kat Kota Tinggi..
kene la apply cuti..

ni dia geng seluar jeans..yang paling kecik tu la bakal pengantin baru kita..
we are happy for you cik melah sayang..=)

next weeknya lagi kat seremban, Izzah,classmate time skolah rendah dulu..
not sure dapat pegi ke tak coz semalam ayah called..
kata anak pak tam, Boboi nak kawin on the same day kat Ampang..
dah takleh panggil Boboi dah la..
ayah memang nak pegi, so tak boleh tidak..
kene la pegi gak..ayah nak support duit minyak..hehe
sekali lagi kene la apply cuti..
satu benda yang aku kene prepare kalo nak gi kenduri kawin sedara ni..
jawab soalan ni..
"adik, bilo laie?umur dah beghapo dah ni?"
mesti ramai yang akan tanya soalan ni..
mentang2 la aku sorang je lagi anak ayah yang tak kawin lagi..
takpe..sabor je..
dah ade dah pun jawapannya..
"takdo calon la..tolong la carikan ha"..hehe
best tak jawapan aku?
but I know mereka juz nak amik berat je..
its ok..
so, the conclusion is annual leave aku kene tolak 2 hari coz nak gi kenduri..
takpe la..
arwah mak dulu pernah pesan..
"kalo ado orang buek konduri, poie jangan tak poie..
takut sok ko kawin xdo orang datang"..
hehe..
always in my mind
thanks mom
=)




Monday, March 12, 2012

I'm so sorry fren..

ape la jenis kawan aku ni..
dah 3 minggu baru aku dapat tau..
huhu..
so sorry..


arini aku tak gi keje..
tak sihat la konon..
so, amik mc..
tapi aku memang sakit k..
sakit perut..
duk kat umah tak wat pape..
surf internet jela jawabnye..
bukak la FB..
tengok profile member2 aku..
sampai kat 1 friend ni..
kawan yang memang rapat ngan aku since darjah dua..
till now masih contact even dah jarang jumpa..
kat wall dia ramai yang post takziah..
rupe2 nye mak dia baru meninggal bulan lepas..
patut la profile pic nye gambar mak dia..
aku laa ni baru  tau ha..
sangat serba salah..
mak dia pun kenal aku actually..
then, call la dia..tanya khabar..
he said he's ok, mak dia meninggal sesak nafas..
agak mengejut gak tuk dia..
dia pun pelik nape aku senyap je..
rupe2nye aku tak tau..
kesian dia..
already said sorry to him..
hmmmm..
takziah my fren..
always pray for her k..
sorry sangat2 aku lambat tau..
=(

Sunday, March 11, 2012

HaPpY AnNiVeRsArY

dah lame aku tak mengupdate pape kat sini..
busy la katakan..
dah masuk tahun baru dah pun..
& dah masuk bulan Mac..
cepatnye masa berlalu..
sedar tak sedar dah setahun aku keje kat sini..
dulu2 beria kate nak keje sementara..
tup2 bertahan gak..
tu yang happy anniversary tu..

but setahun ni cukup la tuk aku berada kat sini..
dengan manager yang know nothing..
arap gaji je besar tapi tak buat keje..
sangat sengal & hampeh..
ade plak manusia2 yang pembodek big boss..
senang2 je naik gaji & pangkat but ngelat nak wat keje..
isyyyy..nape la ade orang macam ni..
then, mereka2 yang cetek pemikirannye..
suke sangat buat cite tak betul..
& fitnah yang boleh menjatuhkan orang..
ape la nak jadi..

i really need new environment..
berpuluh company aku dah bagi resume but no response..
belum rezeki aku lagi..huhu
plezzzzzz..somebody..
take me away from here..

Tuesday, October 4, 2011

Cobaan..

yoooo..
mak aiiiii..
lamo sudah tak mengupdate this bloggy..
nape ntah tetibe terpanggil plak malam ni tuk write something..
sambil2 meneman adah, my housemate wat keje..

oraitttt..
1st october genap 7 months aku keje sini..
hmmmmm..
macam2 jadi beb..
macam2 masalah..
macam2 tragedi..
macam2 kisah..
sumenye macam2 la..
and sume tu wat aku mule mengcounting reasons to find another job and leave this place as soon as i can..

actually..2 months before this aku dah mula try cari keje lain..
but still ade sabar & sisa semangat tuk teruskan..
coz aku pun pernah tulis dalam ni, kalo bleh nak stay cni at least 2 years..
sampai la ke hari ini..
sisa semangat tu terus lebur & sabar tu dah over limit..
sebabnyeeee?!!..
biarlah rahsia..hehe
malas nak taip & cerita..
wat sakit hati je..

now, aku dah mula search jobs yang sesuai with my qualification & experience..
job street, mudah & macam2 website aku bukak..
call my besties to tanya2 kan keje kat tempat diorang..
kot2 la ade kan..
apply cuti next week, nak anta resume ke company2 dekat2 sini..
hmmmm..arap2 ade la rezki aku nanti..
dah mengantuk dah ni..
patut la..almost 12.30 dah ni..
k, doakan yang terbaik tuk aku k..
thank u..
anyioooo..=)
 



Tuesday, July 19, 2011

Bukan Dia Tapi Aku

hmm..skang ni aku tengah dok syok ngan lagu ni..
everyday at least mesti nak dengar sekali...
hehe..jiwang eh..jom karok bersame..siap ngan lirik sekali..



berulang kali kau menyakiti
berulang kali kau khianati
sakit ini coba pahami
ku punya hati bukan tuk disakiti

* ku akui sungguh beratnya
meninggalkanmu yang dulu pernah ada
namun harus aku lakukan
karena ku tahu ini yang terbaik

ku harus pergi meninggalkan kamu
yang telah hancurkan aku
sakitnya, sakitnya, oh sakitnya

repeat *

reff:
ku harus pergi meninggalkan kamu
yang telah hancurkan aku
sakitnya, sakitnya, oh sakitnya

cintaku lebih besar darinya
mestinya kau sadar itu
bukan dia, bukan dia, tapi aku

begitu burukkah ini
hingga ku harus mengalah

ku harus pergi meninggalkan kamu
yang telah hancurkan aku
sakitnya, sakitnya, oh sakitnya

(cintaku) cintaku
(lebih besar dari benciku) lebih besar dari benciku
cukup aku yang rasakan
(jangan dia) jangan dia
(jangan dia) jangan dia cukup aku

(jangan dia jangan dia) cukup aku
(jangan dia)



Saturday, July 16, 2011

My BaBy

ahaa..
sape my baby ni..
dia la yang pertama..
dia la yang sentiasa di sisi..
dia yang menemani ke mana jua aku pegi..
demi dia aku sanggup berkorban wang ringgit..
hanya untuk dia..
sape lagi kalo bukan..
MY PERSONA NCF 40**..no plat disecretkan..hehe
kete aku le..

2 tahun dah membela baby aku ni..
satu-satunye harta hasil titik peluh aku bekerja selama 3 tahun ni..
padahal mule2 dulu tak serius pun nak beli kereta..
last2 dah de depan mate..
dapat kereta dulu baru dapat lesen..hehe..
bukan saje2 nak merase de kete..
tapi memang satu keperluan bagi aku..
coz susah nak ke sane ke mari kalo xde kete..
aku plak selalu berpindah randah..
kene angkut banyak barang..
sesuai sangat la ngan baby aku ni..

sejak tu aku memang xleh pisah ngan si dia ni..
hari ni hari membela dia..
petang tadi gi bawak servis..
tukar minyak stereng, tukar break pad..
tau2 jela berapa ratus melayang..
xpe..asalkan baby aku ni selamat n x cepat rosak..
pastu bawak gi basuh..
sian dia asyik lalu tempat berdebu..
dah basuh nampak hensem sket..
hehe..

lagi 7 tahun dia akan jadi hak milik aku sepenuhnya..
mase tu xtau la cane rupenye..
yang pasti aku memang xpandang dah kete lain..
hanya dia yang special..


=)

Friday, July 15, 2011

4.5 bulan

wow..lame sangat x mengupdate bende ni..
sangat bz dengan keje..
sampai yg ni pun aku update pakai mobile internet je..

actually banyak yang aku nak story dari semasa ke semasa..
but xsempat nak ngadap..
laptop pun sekali sekala je bukak..
mane taknye..
aku kat ofis almost 12 hours everyday..
nasib baik duk kuarters..
kalo x jenuh nak berulang..
ngan jalan teruk nak masuk ke sini..

diam xdiam dah 4 bulan setengah keje sini..
dekat 5 bulan..
saje tulis title 4.5..sebab ot tulis camtu..hehe
fuhh..
rase cam dah lame sangat keje sini..
macam2 bende aku belajar..
macam2 masalah aku face..
macam2 kerenah orang aku jumpa..
sampai kadang2 rase stress gak..
but semua tu pengalaman..
member aku de gak offer keje kat shah alam..
nanti dulu la..
xbest rasenye kalo keje kejap2 ni..
at least biarla sampai setahun..
cantik sikit nak tulis kat resume..

tengok la camne..
selagi boleh bertahan..bertahan jela..
dah malas nak taip..
keypad fon kecik..
de mase aku update lagi..

Friday, April 1, 2011

Perasaan Itu

Perasaan itu..
Datang tanpa dipaksa..
Tanpa aku sedar kehadirannya..
Pintu hatiku terbuka..
Terhadap seseorang yang bukan untukku..
Namun..
Aku bersyukur..
Kerana dia sememangnya layak untuk berada di hati..
Cuma aku yang sekadar teman di matanya..
Kenangan manis bersama takkan kulupakan..
Yang pahit biar ditelan masa..
Tiada dendam yang tersirat..
Tiada benci yang kupendam..
Hanya doa yang mengiringi..
Semoga dia berbahagia hendaknya..
Bersama insan yang dicintai..

Perasaan itu..
Masih di hati..
Yang tetap ku hargai dan kusimpan..
Kerana bagiku..
Ia satu anugerah..
Yang mengajar ku erti cinta..


 p/s: sorry, terjiwang plak arini..hahaha..

Today Is Friday

hehe..
hari yang best..
coz arini lunch hour 2 jam..
leh ber fb & update blog ni..
selain leh tido lame sket..
haha..

sok plak memang half day..
plan nak balik pilah kemas umah..
next week kenduri kekah nisa anak kak intan..
so, kene la setelkan umah this weekend gak..

kalo boleh arini nak setelkan keje cepat2..
ingat nak gi karok kat bahau..
kat sini pun ramai gak yang kaki karok..
so, leh la join sekali..
hehe..
tapi tengok la dulu cane..
selagi production tak abis..
aku tak leh balik..
kene make sure sume setel..
baru leh balik dengan tenang..

keje kat sini fun gak la..
banyak benda baru yang aku belajar..
manager2 kat sini plak selalu share experience diorang ngan aku..
kagum gak la ngan diorang..
tapi kat sini aku kene jadi garang..
sape2 tak ikut prosedur or rules kat sini memang kene la..
tapi nasib baik diorang mau gak dengar cakap..
k, la..nak gi ZZZZZZZ jap..
hehe..