Tadi bosan2 takde keje sangat nak buat, so scroll la fb, cam bese baca status my friends and like kalo aku setuju. Aku bukan la kaki upload every little thing kat fb, cuma suka share happy2 moments je and funny cute videos.
Sambil scroll terbaca pulak status ex school mate, katanya baru nak ambil kereta baru idamannya HC. Waa..untungnya beli kereta yang aku rasa ramai yang mengidamnya. Aku sebenarnya takde la rapat sangat dengan E ni sebab hanya sekejap je 1 kelas dengan dia masa form 4, pastu aku masuk MRSM sampailah bila dia add aku dalam fb ni pun, aku dah blur2 dah sape. Tapi disebabkan dia ni always update dia punya fb, so aku macam dah terbiasa dengan story life dia. Dia ni bagi aku seorang perempuan yang kuat. Actually dia pernah bercerai 5 tahun lalu disebabkan orang ketiga, dan dia bukanlah seorang graduan universiti, jadi dia pernah bekerja di restoran, jual nasi lemak, dan perlahan2 belajar makeup sehinggalah sekarang ni dia dah jadi make up artist dan selalu gi travel oversea. Dari kejatuhan dia dah bangkit semula untuk tunjukkan yang dia boleh berjaya dan aku rasa kagum dengan dia. Selalunya tengok kisah2 macam ni dalam tv je, tapi ini memang realiti yang jadi pada dia. Walaupun dia tak belajar tinggi, tapi disebabkan kegagalan yg pernah dia hadapi, dia usaha untuk stand up again.
Sebenarnya bukan dia je ex schoolmate aku yang boleh katakan dah berjaya, ramai lagi sebenarnya. Ada seorang ni, ingat lagi mase sekolah suka ejek2 aku, tapi sekarang ni dah ada bisnes yang mendapat liputan luas, dah banyak kali masuk tv, masuk majalah, suratkhabar. Memang bangga la tengok dia, tumpang gembira dengan apa yang dia achieve. Selain tu, ada yang dah jadi cikgu, pegawai2 kerajaan, doktor dan macam2 lagi la. Mostly berjaya dalam bidang masing2.
Tapi aku?huhu. Kenapa aku cerita semua ni? Ye, memang aku ada rasa jealous tapi bukan lah secara negatif. Jealous sebab diorang semua usaha banyak dari aku dan dah dapat hasilnya. Macam aku, Alhamdulillah sejak sekolah rendah semuanya senang, dapat masuk sekolah yang aku nak, dapat masuk matrik, masuk universiti. Tapi dari segi pekerjaan macam2 dugaannya. Last2 di sini, kerja yang bukan lah bidang aku tapi aku selesa la kat sini. Nak kata aku ni berjaya macam mereka tidaklah, tapi aku akan cuba realisasikan impian aku jika panjang umur dan diizinkan Allah sebab semua ni pun datang dari Allah. Perlu usaha, doa dan tawakal..In shaa Allah..
No comments:
Post a Comment