Friday, October 16, 2015

BeRjAyAkAh AkU?

Tadi bosan2 takde keje sangat nak buat, so scroll la fb, cam bese baca status my friends and like kalo aku setuju. Aku bukan la kaki upload every little thing kat fb, cuma suka share happy2 moments je and funny cute videos.

Sambil scroll terbaca pulak status ex school mate, katanya baru nak ambil kereta baru idamannya HC. Waa..untungnya beli kereta yang aku rasa ramai yang mengidamnya. Aku sebenarnya takde la rapat sangat dengan E ni sebab hanya sekejap je 1 kelas dengan dia masa form 4, pastu aku masuk MRSM sampailah bila dia add aku dalam fb ni pun, aku dah blur2 dah sape. Tapi disebabkan dia ni always update dia punya fb, so aku macam dah terbiasa dengan story life dia. Dia ni bagi aku seorang perempuan yang kuat. Actually dia pernah bercerai 5 tahun lalu disebabkan orang ketiga, dan dia bukanlah seorang graduan universiti, jadi dia pernah bekerja di restoran, jual nasi lemak, dan perlahan2 belajar makeup sehinggalah sekarang ni dia dah jadi make up artist dan selalu gi travel oversea. Dari kejatuhan dia dah bangkit semula untuk tunjukkan yang dia boleh berjaya dan aku rasa kagum dengan dia. Selalunya tengok kisah2 macam ni dalam tv je, tapi ini memang realiti yang jadi pada dia. Walaupun dia tak belajar tinggi, tapi disebabkan kegagalan yg pernah dia hadapi, dia usaha untuk stand up again.

Sebenarnya bukan dia je ex schoolmate aku yang boleh katakan dah berjaya, ramai lagi sebenarnya. Ada seorang ni, ingat lagi mase sekolah suka ejek2 aku, tapi sekarang ni dah ada bisnes yang mendapat liputan luas, dah banyak kali masuk tv, masuk majalah, suratkhabar. Memang bangga la tengok dia, tumpang gembira dengan apa yang dia achieve. Selain tu, ada yang dah jadi cikgu, pegawai2 kerajaan, doktor dan macam2 lagi la. Mostly berjaya dalam bidang masing2.

Tapi aku?huhu. Kenapa aku cerita semua ni? Ye, memang aku ada rasa jealous tapi bukan lah secara negatif. Jealous sebab diorang semua usaha banyak dari aku dan dah dapat hasilnya. Macam aku, Alhamdulillah sejak sekolah rendah semuanya  senang, dapat masuk sekolah yang aku nak, dapat masuk matrik, masuk universiti. Tapi dari segi pekerjaan macam2 dugaannya. Last2 di sini, kerja yang bukan lah bidang aku tapi aku selesa la kat sini. Nak kata aku ni berjaya macam mereka tidaklah, tapi aku akan cuba realisasikan impian aku jika panjang umur dan diizinkan Allah sebab semua ni pun datang dari Allah. Perlu usaha, doa dan tawakal..In shaa Allah..

My DaDdy CoOL

Huhu..tengok gambar ni rasa macam sayu and terharu je tengok pengorbanan para bapa ni hantar anak2 ke sekolah. Teringat masa sekolah rendah dulu, ayah takde kereta, guna motor je hantar aku dengan kak intan. Motor honda lampu bulat tu.

Bila arwah mak dapat rezeki lebih, dapat la belikan ayah motor baru, motor kriss warna biru, sampai sekarang ayah guna motor tu. Dengan motor tu jugak ayah pernah hantar aku balik asrama di Melaka bila dah takde sape2 yang boleh hantar. Pernah jugak ayah sewa teksi semata2 nak hantar aku balik asrama dengan selamat. Bila masuk matrik kalau duit dah susut, ayah datang jugak bagi duit belanja. Belum lagi hantar aku ke bintulu naik belon. Semuanya ayah yang hantar. Huhu..besar pengorbanan ayah untuk anak-anaknya.

Bila dah besar ni, banyak cita-cita aku untuk ayah tapi sampai sekarang masih tak tercapai. In shaa Allah, akan ku usahakan untuk buat ayah rasa happy.

Ya Allah, kurniakan lah kesihatan yang baik kepada ayah ku dan panjang kan lah umurnya..

I love my ayah..

Thursday, October 15, 2015

SuRiRuMaH vs WaNiTa BeKeRjA

Ooopss..kemain tajuk..bikin panas je ehh..hehe..Tadi ada terbaca post di fb, ada seorang hakak ni macam marah sebab katanya ada surirumah kata wanita bekerja tidak mulia..lebih kurang la kot..

Bagi aku, tak perlu la nak gaduh2 pasal isu ni. Aku sendiri pun tak nak back up mana2 sebab arwah mak aku dulu pun surirumah, kawan2 aku pun ramai yang surirumah, so aku tau diorang nya penat macam mana. Sama gak dengan wanita yang bekerja, adik beradik aku perempuan semua bekerja termasuklah kakak ipar aku sekali, dengan aku sekali la kan, so of course la kita faham penat wanita bekerja ni macam mana.

Janganlah nak banding2 kan atau laga2 kan dua kategori wanita ni. Sebenarnya kalau nak fikirkan balik dua-dua ni sama je. Surirumah adalah wanita bekerja dan wanita bekerja pun adalah surirumah. Surirumah tetap bekerja di rumah, maksudnya uruskan anak, masak, kemas rumah, basuh baju dan ada gak yang bisnes dari rumah. Itu kira wanita bekerja juga tu. Yang untuk wanita bekerja pulak, bila balik rumah automatik jadi surirumah, buat kerja rumah tu semua.

Jadi, buat ape kita nak compare kan kedua-dua ni. Yang penting kita dapat jaga suami dan anak2 dengan baik. Masing2 de rezki dan kelebihan yang Allah bagi, jadi bersyukurlah sama ada kita surirumah atau wanita yang bekerja tapi janganlah condemn antara satu sama lain. Barula hidup kita bahagia tak gitu..hehe..

CiNtA HaTi

Alhamdulillah, masih bernafas hingga ke hari ini..
Lama dah tak update blog ni ye..kesian..hehe
Paling latest post is 3 years ago..hehe
Dalam masa 3 tahun ni banyak perubahan dalam hidup aku..

Alhamdulillah hari ini sudah pun bergelar seorang isteri, so this is the 1st post dengan title puan..hahaha
Already married to my husband for almost 1 year 9 months..
Nope, belum ada baby lagi, sedang berusaha dan ikhtiar untuk mendapatkan anak..yela masing2 pun dah masuk 30 an..kene la usaha lebih sikit..hehe..namun, itu semua kuasa Allah untuk memberi rezeki kepada hambaNya

Bertemu suami pada 29 April 2012, menjadi tunangannya pada 15 September 2012 dan pada 31 Januari 2014 dengan sekali lafaz sah menjadi isterinya.

Sungguh pasti kalau itu jodoh kita memang senang saja jalannya dan sentiasa dipermudahkan.

Bab kerja pulak memang agak susah nak dapat kerja yang betul2 ok, kalo dah ok, company pulak tak bayar gaji..last2 di sini lah aku, rupa-rupanya rezeki di tempat kami bertemu dulu..hehe..dan bos pun ok, gaji pun ok..Alhamdulillah..syukur dengan rezeki yang Allah bagi..

Hopefully, dapat stabilkan life and kerja dengan baik dan dikurniakan rezeki anak..