Thursday, April 12, 2012

MaK


9 April 2012.. 
13 tahun yang lepas pada tarikh yang sama, jam 9.45 pagi, hari jumaat..
Perginya seorang insan yang paling aku sayang di dunia ni..
My only mak..
Sakitnya tak lame, tak sampai sebulan..
Mungkin itu sekadar jadi penyebab supaya kami redha atas pemergiannye..
Perasaan aku ketika tu hanya Allah je yang tahu..
Sangat susah tuk diceritakan di sini..
And how we survived to live without her..

Mak,
Dah lame tak menyebut perkataan tu..
Rindu tuk memanggilnye..
Sebak kerana tak disahut..

Walaupun aku dapat merase kasih sayangnye..
Hanya sampai umur aku 14 tahun..
Aku tetap bersyukur, at least aku tahu & kenal sape mak aku..
And of coz anak bongsu mesti la manja ngan mak..
Dan itulah yang memberi impak besar pada aku after dia pergi..
Dah takde tempat bermanja, nak mengadu masalah..
Dah tak dapat nak merase lauk air tangan dia..
Dah takde orang yang teman aku wat homework sampai ke tengah malam..
Dah takde kiss di pipi before gi sekolah..
Ya Allah..besar nye dugaan itu..

Tapi ape yang berlaku ade hikmahnye..
Kami adik beradik lebih rapat dari dulu..
Ayah, abang2 & kakak2 aku penguat semangat aku..
Dan pengorbanan diorang yang buat aku lebih matang & tabah..

Ok la..
tak leh nak tulis bebanyak..
Sambil menaip sambil menangis..
Dah naik bengkak mate aku ni..
Jom we recite surah yassin for her..

I love you mak..
I really miss u..


Thursday, April 5, 2012

TiAdA JoDoH ?


Dan Allah SWT menjadikan ini semua sebagai asbab untuk kita dipertemukan dengan jodoh kita. Sesuatu yang perlu difikirkan. Istilah ‘tiada jodoh’ jika kita sama-sama teliti sebenarnya terkandung dua 3 perkara penting yang perlu difahami:
1. Hikmah pengajaran
Kerana manusia tidak sepanjang masa melakukan keputusan dengan tepat dan betul. Maka kesilapan yang dilakukan sudah pasti akan menunjukkan hikmah terhadap apa yang telah dilakukan agar dapat menjadi panduan pada masa yang lain.
2. Asbab bertemu jodoh
Perpisahan dalam perhubungan berkemungkinan Allah akan menggantikan dengan insan yang lebih baik, walaupun pasangan yang sudah bersama kita, dapat kita rasakan adalah yang terbaik. Namun perpisahan juga mampu menjadi asbab untuk bertemu insan yang lebih baik dalam mencinta diri anda.
3. Takdir
Inilah yang menjadi kenyataan penting yang perlu dihadapi dengan hati yang lapang. Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan yang perlu diterima. Mungkin anda pernah bercinta bagai nak rak, bertunang dan kemudian berkahwin untuk satu tempoh tertentu namun andai takdir Allah untuk berlaku perpisahan untuk pertemuan yang seterusnya maka hanya hati yang perlu menerima dengan redha.

actually saje nak kongsi this info kepada semua yang tengah putus cinta..
and info ni bg kekuatan untuk aku gak tuk terima semua dugaan ni..
memang betul..hati kita perlu redha menerima semuanya..
mari mulakan hidup baru di hari Jumaat yang indah..
=)